Ranking dunia Persekutuan_Hoki_Antarabangsa

Ranking dunia digunakan untuk menilai kekuatan sesebuah pasukan hoki untuk kejohanan hoki antarabangsa. Kutipan mata dipungut berdasarkan kedudukan pasukan yang bertanding di dalam sesebuah kejohanan.

Senarai di bawah merupakan kejohanan-kejohanan yang terlibat di dalam pengiraan mata:

  • Sukan Olimpik
  • Piala Dunia
  • Trofi Juara-Juara
  • Cabaran Juara-Juara I
  • Cabaran Juara-Juara II
  • Liga Dunia
  • Kejohanan Benua

Jika kejohanan utama mempunyai satu pertandingan kelayakan, keputusannya nanti akan digunakan di dalam menentukan kedudukan:

  • 25 peratus dari jumlah mata di dalam tahun satu
  • 50 peratus dari jumlah mata di dalam tahun dua
  • 75 peratus dari jumlah mata di dalam tahun tiga
  • 100 peratus dari jumlah mata di dalam tahun empat
  • Kejohanan kebenuaan akan berdasarkan kepada kedudukan akhir


Bagi kejohanan untuk setiap benua, oleh kerana zon Asia, zon Eropah dan zon Oceania mempunyai piawaian pertandingan yang lebih tinggi serta saingan yang lebih kompetetif, mereka dianugerahkan 500 mata bagi tempat pertama berbanding zon Afrika dan zon Amerika yang mana hanya kedua-dua benua ini hanya dianugerahkan 375 mata bagi tempat pertama.